Wednesday, September 1, 2010

PEMBUANGAN BAYI

MENANGANI MASALAH PEMBUANGAN BAYI

           Sedih, pilu, ngeri, tak berperasaan dan banyak lagi perkataan-perkataan yang seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang ni yang berlakunya di Malaysia. Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Apa sudah jadi dengan masyarakat kita sekarang? Anak merupakan anugerah Allah yang diberi amanah kepada kita untuk kita menjaga dan memeliharanya, namun bagi manusia yang bertuhankan nafsu hanya menganggap itu semua membebankan. Mereka tidak memikirkan kesan dan akibat akan perbuatan mereka. Jika tidak mahukan anak, janganlah melakukan zina. Elakkan maksiat sehingga lahirnya anak luar nikah. Maka perkara-perkara seperti ini tidak akan berlaku. Manusia seolah-olah sudah tidak punya perasaan belas kasihan apabila bayi yang masih kecil, dibunuh dan dibuang sesuka hati. Apakah dosa bayi itu sehingga mereka diperlakukan sebegitu? Sungguh, manusia yang sanggup memperlakukan sebegitu, bukan lagi manusia, tetapi lebih teruk daripada haiwan. Haiwan pun tahu sayangkan anak, inikan kita pula manusia yang dianugerahkan akal fikiran. Sungguh cetek pemikiran manusia sekarang. Semuanya berlandaskan kecintaan kepada pasangan masing-masing sehingga maruah diri sanggup digadai. Bagi mereka itu merupakan salah satu bukti cinta mereka kepada pasangan. Namun apabila bukti cinta mereka itu telah berhasil, kenapa tidak mereka menjaga dan memeliharanya? Kenapa apabila sudah berhasil, bukti cinta itu dibuang, dibunuh dan ditempatkan di tong-tong sampah, dihidangkan untuk santapan haiwan-haiwan dan seumpamanya.
           Fenomena seks bebas berlaku di man-man di seluruh dunia. Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita yang hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah. Majlis HEWI PKPIM juga melihat scenario pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu ditangani habis-habisan oleh semua pihak. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006. JMK menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai. Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, pada tahun 2000, sejumlah 65kes pembuangan bayi telahdilaporkan diseluruh Malaysia. Manakalapada tahun 2006, kes pembuangan bayi bertambah 18 kes menjadi keseluruhan kes pada tahun tersebut berjumlah 83 kes. Walaupun statistik kini tidak mencecah keangka ratusan kes, tidak bermakna kita sebagai anggota masyarakat membiarkan fenomena ini berlarutan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf bermula Dari tahun 2000 sehinggaJulai2008. Statistik ini telah didedahkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Syed HamidAlbar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa di Dewan Rakyatpada 20 Oktober 2008. Melihat akan statistik yang dikongsikan di atas, ternyata kes pembuangan bayi dan kelahiran anak tidak sah taraf adalah implikasi daripada masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya dalam kalangan generasi muda. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi akan terjadi gejala sosial ini.
          Dalam mengejar era pembangunan yang kian pesat dan membangun, peranan pihak berkuasa dan badan NGO amat penting bagi mengatasi kemelut pembuangan bayi. Pihak berkuasa terutama pihak polis hendaklah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Ini kerana, bahan-bahan lucah sangat mudah diperolehi sekarang. Malahan penyebaran di internet amat mudah diperolehi. Seharusnya pihak yang bertanggujawab akan hal ini patut memantau agar penyebaran video pornografi tidak sewenang-wenangnya masuk ke negara ini dan disebarkan kepada umum. Selaian itu,pihak berkuasa juga hendaklah mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah iaitu penjara seumur hidup. Saya sangat bersetuju jika hukuman gantung dikenakan kepada si pembuang bayi kerana perangai mereka juga tidak ubah seperti pembunuh. Hukuman seperti itu wajar ditimbal balik kerana ianya dapat menakutkan mereka yang melakukan zina dan dapat mengelakkan pembuangan bayi daripada berlaku. Jika di negara Arab, mereka membenarkan perkahwinan pada usia yang muda. Namun di negara kita, perkara seumpama itu tidak dibolehkan kerana kita tertakluk pada undang-undang di mana remaja yang berumur 16 tahun ke bawah yang ingin berkahwin perlu mendapat kebenaran daripada mahkamah terlebih dahulu. Undang-undang ini harus diteliti semula memandangkan kes ini sudah menjadi duri di dalam daging. Masyarakat sekarang juga berpendapat bahawa sistem perkahwinan sekarang sangat membebankan kerana banyak prosedur yang perlu mereka lakukan. Bagi mereka yang tidak berkemampuan dari segi kewangan, mereka mengambil jalan mudah dengan menghalalkan perkara yang haram. Ibu bapa harus bertolak ansur dari segi ini bagi mengelakkan perkara seumpama ini berlaku. Selain itu, mereka yang tidak berkemampuan juga boleh melakukan perkara yang wajib sahaja seperti ‘nikah gantung’. Perbincangan secara baik dengan ibu bapa harus dilakukan kerana jika dihalang, kita bimbang perkara yang buruk akan berlaku. Apabila wang sudah mencukupi, barulah boleh diadakan majlis atau jamuan untuk mengelakkan beban kepada pasangan. Di negara Barat, kelahiran anak luar nikah merupakan perkara biasa tetapi mereka tetap menjaga anak mereka itu namun di negara kita, perkara itu merupakan sesuatu yang memalukan. Kita harus mengubah pandangan masyarakat agar diberikan peluang kepada pesalah yang melakukan zina dan mengandungkan anak luar nikah agar mereka tidak melakukan pembuangan bayi. Sokongan harus diberikan kepada mereka agar mereka tidak lagi melakukan kesalahan yang kedua. Setiap orang harus diberikan peluang untuk berubah. Badan-badan NGO juga haruslah mengadakan program peringkat awal pendidikan dengan lebih berkesan dan lebih menyeluruh. Penekanan pendidikan ini amat penting bagi menyedarkan masayrakat terutama remaja dengan maklumat yang tepat supaya mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah ini. Di samping itu,peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadi insan bermoral dan bebas dari gejala sosial sangat penting. Didikan agama yang sempurna perlu diberikan kepada anak-anak seawall yang mungkin bagi memandu mereka kearah kebaikan. Dengan iman yang kukuh mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial. Ini kerana , mereka boleh membezakan apa yang baik dan apa yang buruk. Ibu bapa juga haruslah mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Segala perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas dpat mereka hindari. Selaian itu , ibu bapa juga berperana penting dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan yang berlandaskan kepada konsep ‘rumahku syurgaku’. Ini bemakna sesebuah keluargaitu berada dalam keadaan gembira dan bahagia tanpa sebarang masalah ataupun pertengkaran berlaku. Selain itu,kerjasama pihak media massa dalam memberi pendedahan tentang kesan pembuangan bayi kepada masyarakat luar amatlah penting. Kempen-kempen kesedaran dan program-program motivasi haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat bermakna sebagai contoh pendedahan berbentuk grafik atau ‘kisah benar’ tentang seseorang yang pernah membuang anak. Dan ini akan membangkitkan kesedaran para remaja. Selain daripada itu,program motivasi kesedaran seperti ‘Adab bergaul’ dan ‘Dosa-Dosa Besar’ mampu memperkuatkan lagi rasa insaf dan takut remaja kepada dosa. Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan melampau yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita yang mengandungi adegan-adegan 18sx. Kesimpulannya, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu , semua warga masyarakat haruslah bersatu padu menggembleng tenaga bagi mencegah dan membanteras supaya gejala pembuangan bayi ini tidak menular denagn lebih serius. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA) , Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKKK) dan Rukun Tetangga (RT) perlu untuk menangani pergaulan bebas dalam kalangan remaja. Tindakan awal ini perlu kerana ‘mencegah itu lebih baik daripada mengubati’.



 RUJUKAN

1.http://www.malaysiakini.com/letters/81961
2.http://www.khairilafzal.com/isu-semasa/isu-pembuangan-bayi-semakin-berleluasa

No comments:

Post a Comment