Tuesday, September 7, 2010

MASALAH SOSIAL (MEREMPIT)


Definisi  Rempit
           
            Rempit ialah sekumpulan penunggang motosikal yang menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya sama ada membahayakan dirinya sendiri mahupun pengguna jalan raya yang lain. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).
Masalah sosial seperti aktiviti pelumba haram adalah penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ bukanlah merupakan sesuatu isu yang baru memandangkan gejala ini wujud sekian lamanya dijalan raya di negara kita. Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia pada masa sekarang. Minah rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan atau teman wanita Mat Rempit.

Aksi-aksi merbaya oleh golongan Mat Rempit

Antara aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan Mat Rempit ini ialah:

• Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan.
• Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang.
• Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas.
• Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi superhero, Superman.
• Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh.

 Punca-punca merempit
                                           
  Sama ada kita sedar atau tidak masalah remaja merempit ini sebenarnya berpunca dari pelbagai masalah tidak kira dalaman mahupun luaran remaja itu sendiri.Malah kajian menunjukkan bahawa 87 peratus mat rempit adalah dari golongan remaja yang berusia 14 tahun hingga 25 tahun,ini adalah berdasarkan kajian oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama pusat pengajian psikologi dan pembangunan Malaysia.Bosan adalah faktor utama mengapa mereka melakukan kegiatan sedemikian dan ia menunjukkan peratusan sebanyak 48.1 peratus.Golongan remaja ini juga memberi tanggapan bahawa mereka dapat menghilangkan rasa bosan dengan melakukan aktiviti merempit ini dan mampu untuk menggunakan masa lapang ini dengan aktiviti merempit tanpa memikirkan kesan yang akan mereka hadapi.Pelakuan dan masalah merempit ini adalah melibatkan pengguna jalan raya yang lain malah ia lebih membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
            Punca lain yang menyebabkan wujudnya masalah merempit ini adalah perasaan ingin tahu dan ingin mencuba dalam kalangan remaja.Seperti yang kita semua maklum para remaja adalah golongan yang paling berisiko dan mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif.Oleh disebabkan desakan dan perasaan remaja yang suka memcuba dan tidak takut menghadapi risiko yang bakal mereka tempohi,para remaja sanggup dan berani melakukan  apa sahaja malah mereka tidak memikirkan pelbagai kesan buruk yang akan timbul disebabkan oleh sikap mereka ini.Perasaan ingin mencuba ini akan menghalang fikiran waras para remaja untuk memikirkan kebaikan dan keburukan yang akan dialaminya sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti merempit ini malahan mereka mudah seronok apabila melakukan aksi-aksi merempit.Media massa juga boleh mempengaruhi para remaja untuk melakukan aksi berbahaya contohnya wujudnya filem-filem aksi seperti rempit,bohsia dan samseng jalanan yang mana para remaja cuba untuk melakukan aksi-aksi seperti didalam filem tersebut.Kerana wujudnya perasaan ingin tahu dalam diri remaja inilah yang menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan aksi yang dipaparkan di media massa.
            Selain itu juga remaja terpengaruh dengan rakan-rakan juga dapat dikenal pasti kenapa berlakunya masalah rempit.Remaja selalunya mempunyai sikap yang mana akan mengikut sahaja sikap dan tingkahlaku rakan-rakan sebaya mereka,contohnya remaja yang berkawan dengan golongan mat rempit maka mereka juga akan melakukan aktiviti merempit ini kerana mereka akan dianggap ketinggalan kerana tidak melakukan aktiviti yang sama seperti rakan-rakan yang lain.Para remaja juga mudah untuk meniru apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka dan jika mereka memilih untuk meniru aksi rakan-rakan mereka untuk merempit ini mereka tidak memikirkan bahawa perkara tersebut adalah salah dan ia menganggap perkara itu betul ekoran rakan-rakannya melakukan aktiviti sedemikian.
            Punca yang menyebabkan berlakunya gejala rempit ini juga adalah kerana gaya hidup dan taraf pendidikan remaja itu sendiri.Kebanyakkan remaja yang terlibat dengan lumba haram ini adalah dari golongan yang berpendidikan rendah malah pemikiran mereka juga sempit ini kerana kita dapat lihat dengan jelas risiko yang mereka hadapi jika mereka melakukan kegiatan merempit ini.Mereka tidak memikirkan bahawa terlalu banyak kesan negatif yang akan mereka perolehi disamping itu juga mereka akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.Remaja yang terlibat ini juga adalah golongan remaja dibawah umur dimana mereka masih lagi memerlukan bimbingan dan pengawasan dari ibubapa mereka.Selalunya juga mereka yang terlibat ini adalah masih diperingkat sekolah menengah.
            Antara punca lain yang menyebabkan berlakunya gejala ini ialah kurangnya pengawasan dari ibubapa dan ibubapa itu sendiri tidak mengambil cakna tentang aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak mereka.Malah anak-anak yang bersekolah ini diberi motosikal oleh ibubapa mereka untuk kegunaan untuk kesekolah sebaliknya anak-anak mengambil kesempatan dengan melakukan aktiviti merempit dimalam hari dan ibubapa mereka tidak  mengetahui apa yang telah anak mereka lakukan pada sebelah malam.Ibubapa pulla tidak mempersoalkan kemana anak mereka pergi dan aktiviti yang anak-anak mereka lakukan tanpa pengetahuan mereka. 

Statistik Rempit
Remaja merempit untuk mencari keseronokan, kepuasan, kemasyhuran, wang dan perempuan. Kepuasan dan keseronokan untuk melepaskan diri daripada tekanan hidup yang telah di hadapi oleh seseorang remaja itu sendiri. Mengecapi bentuk hiburan yang murah dengan hanya berbekalkan RM4 untuk minyak dan keberanian untuk beraksi. Ada juga yang mendapat habuan lumayan berupa wang dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dalam kalangan mereka, menyuburkan lagi gejala ini dan menjadikan mereka bersemangat lagi untuk berlumba.
Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei 2008, sebanyak 3,182 penunggang motosikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas, dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun.
Kegilaan anak-anak muda ini bukan sahaja berbahaya tetapi menambahkan lagi kadar kemalangan dan kematian penuggang motosikal dijalan raya. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kes kematian di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini dalam tempoh tujuh tahun kian meningkat.
Pada tahun 2005, sebanyak 3,175 kematian dicatat bagi kelompok itu, berbanding 3,088 (2004), 3,166 (2003), 3,034 (2002), 2,972 (2001), 3,118 (2000) dan 2,960 (1999). Daripada Januari 2007 hingga Julai 2007, didapati bahawa sebanyak 242 tangkapan dilakukan, 200 daripadanya di sekitar Kuala Lumpur. Statistik keseluruhannya menunjukkan 2005 hingga Julai tahun ini (2008) sebanyak 1,557 pelumba haram berjaya ditangkap di bawah Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kaum Melayu mendahului jumlah tangkapan, iaitu 1,436 tangkapan, Cina (51 tangkapan), India (63 tangkapan) dan kaum-kaum lain (tujuh tangkapan). Daripada statistik itu juga, mereka yang bekerja sendiri paling ramai terlibat iaitu 269 orang, diikuti pengganggur 256 orang dan pelajar 238 orang. Mereka yang bekerja sebagai buruh turut ditangkap seramai 186 orang, pekerja kilang 174 orang, penghantar surat 161 orang, mekanik 59 orang, dan lain-lain 214 orang. Golongan mat rempit yang berumur lingkungan 16 hingga 20 tahun paling ramai ditangkap iaitu 913 orang, diikuti umur 21 hingga 25 tahun seramai 550 orang, 26 hingga 30 tahun seramai 63 orang, bawah 15 tahun seramai 26 orang dan lebih 31 tahun seramai lima orang.  

Langkah-langkah pencegahan
Aksi mat rempit yang merajai jalan raya dengan aksi berbahaya terus menghantui orang ramai. Pelbagai persoalan di minda masyarakat. Antaranya termasuklah adakah gejala yang semakin menjengah ke kawasan kampung ini sukar dihapuskan sebagaimana sukarnya pihak berkuasa menangani gejala penagihan dadah? Andaian ini tidak boleh dipandang mudah kerana selepas pelbagai usaha dilakukan, isu mat rempit tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. Sebaliknya, isu ini semakin berleluasa sehingga melibatkan jenayah yang lebih berat terutamanya kes ragut, rogol, dan samun secara berkumpulan.
Oleh itu, suatu pendekatan yang kolektif dan berkesan perlu diambil untuk mengekang gejala yang menjadi ancaman serius kepada keselamatan awam ini. Akta Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pengangkutan Jalan harus dipinda untuk diberi kuasa menahan mat rempit.  Pindaan tersebut wajar dilaksanakan segera bagi membolehkan hukuman yang lebih tegas dikenakan terhadap samseng jalanan. Golongan itu juga semakin berani memperlekeh undang-undang dan mencabar pihak berkuasa, termasuk cubaan merempuh sekatan jalan raya. Pelajar berumur 15 hingga 19 tahun merupakan pelajar yang kandas dalam pelajaran atau telah berhenti sekolah, perlu ditahan di sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney jika didapati bersalah untuk suatu tempoh ditetapkan. Mereka hendaklah dihukum membuat kerja-kerja amal sehingga 100 jam dan motosikal dirampas. Samseng jalan raya atau 'Mat Rempit' mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda. Bagaimanapun hukuman itu hanya untuk remaja yang berumur atas 18 tahun manakala yang berumur bawah 18 tahun, mereka tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-kanak.
Golongan ini harus diperangi habis-habisan dengan melipatgandakan usaha menambah bilangan anggota peguat kuasa. Dengan itu, operasi pembanterasan secara besar-besaran seharusnya dilakukan secara konsisten dan bukan hanya suatu langkah pencegahan bermusim. Kebiasannya sekatan jalan raya hanya dilakukan ketika hujung minggu sahaja. Namun, gejala rempit sekarang tidak hanya bertumpu kepada hari minggu sahaja, malahan pada hari-hari lain juga. Gejala ini harus ditangani oleh sebuah jawatankuasa khas yang dibentuk oleh kerajaan supaya tampak kesungguhan pihak berkuasa untuk tidak bertolak ansur dalam hal keselamatan awam. Ketegasan pihak berkuasa ini sekurang-kurangnya menimbulkan rasa gerun dalam kalangan mat rempit untuk menguasai jalan raya atau berhimpun dalam satu kumpulan besar. Gejala mat rempit ini dapat diatasi jika semua pihak bekerjasama dengan agensi penguat kuasa untuk merancang program bercorak pendidikan. Program itu dilaksanakan secara sistematik, tersusun, dan bersepadu untuk membawa golongan ini ke pangkal jalan. Selain kecelaruan dalam pembawaan diri, gejala merempit ini juga banyak didorong oleh sikap ibu bapa yang terlalu memberi muka kepada anak-anak yang masih di bawah umur. Mereka seolah-olah bersikap lepas tangan dalam mengawal pergerakan anak-anak di luar rumah. Atas kealpaan itu, ibu bapa wajar dikenakan denda di bawah peruntukan undang-undang tertentu kerana membiarkan anak-anak memiliki dan menunggang motosikal tanpa lessen. Untuk menambahkan keberkesanan tindakan tersebut, kerajaan harus menetapkan bahawa had umur untuk mendapatkan lessen motosikal dilanjutkan daripada 16 tahun kepada 21 tahun. Sememangnya, isu yang berkaitan dengan kegiatan samseng jalanan itu sudah berlanjutan sekian lama. Oleh sebab itu, pihak berkuasa perlu bertindak lebih agresif terhadap golongan mat rempit. Apatah lagi, sikap kita yang terlalu bertimbang rasa dan kasihan kepada golongan inilah yang menyebabkan mereka mengambil kesempatan untuk meneruskan kegiatan yang tidak bermoral ini.
Selain itu, kerajaan juga perlu menimbangkan untuk mewujudkan satu lagi litar lumba yang strategik iaitu di Bukit Jalil selain mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dengan perlumbaan haram. Pembinaan litar lumba di Bukit Jalil berhampiran Kuala Lumpur mungkin mampu mengurangkan aktiviti perlumbaan motosikal haram di jalan raya ibu kota. Sekiranya kerajaan sudah menyediakan tempat untuk mereka melakukan aktiviti dan kalau mereka masih lagi berlumba haram di luar, kenakan sahaja tindakan tegas terhadap mereka. Tindakan merampas motosikal bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya akan mengundang jenayah lain iaitu mencuri motosikal. Ini kerana, kebanyakan mereka ini datang daripada golongan keluarga bermasalah serta hidup dalam kemiskinan. Tindakan undang-undang yang lebih ketat harus meliputi pembatalan lesen memandu serta-merta dan pengharaman pembelian motosikal bagi mereka yang disabitkan kesalahan. Pendekatan lembut dan pendektan keras harus diambil bagi menangani isu mat rempit. Tiada istilah kompromi dalam membendung gejala mat rempit ini. Sebagai anggota dalam masyarakat, setiap dari kita harus memainkan peranan masing-masing dalam membendung isu dan gejala ini.

KESAN BURUK AKIBAT MEREMPIT
Hari ini isu mat rempit semakin hangat diperkatakan sama ada media massa atau media cetak. Mat rempit ini bukan sekadar merempit sahaja tetapi mereka ini juga turut terlibat dalam masalah-masalah sosial seperti berjudi, mengambil minuman keras, memukul dan sebagainya. Walaupun merempit ini mendatangkan banyak kesan buruk pada diri seseorang individu itu dan juga orang disekelilingnya namun mat rempit tetap tidak sedar dan  tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa isu mat rempit ini akan ada penyelesaiannya.
Antara kesan-kesan yang timbul dari gejala merempit ini ialah, gejala merempit ini ialah Meningkatkan masalah keruntuhan moral atau akhlak dalam kalangan remaja. selain itu masalah merempit ini juga akan menyebabkan wujud pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan seperti yang berlaku pada hari ini, hilang sifat beradab, seks bebas dan lain-lain. Namun, perkara yang paling menyedihkan apabila kita bercakap mengenai mat rempit ini ialah ianya terdiri daripada orang islam terutamanya kaum melayu yang kita tahu sejak kecil lagi telah disemai dengan adat serta kesopanan dalam diri.

Selain itu, budaya merempit ini juga dapat meningkatkan kemalangan jalan raya. Kemalangan ini selalunya berpunca daripada sikap cuai dan cara menunggang motosikal yang melulu oleh penunggang yang merempit. Sikap menunggang yang tidak ada etika dalam kalangan mat rempit ini menyebabkan sebahagian daripada pemandu kita takut ketika memandu di jalanraya kerana mereka takut akan menjadi mangsa kemalangan yang berpunca daripada mat rempit ini.

Masalah merempit ini juga akan menyebabkan meningkatnya masalah jenayah seperti merogol, merompak, samun, curi motosikal dan sebagainya. Merempit seolah-olah menjadi satu pesta bagi budak-budak muda iaitu golongan remaja untuk melakukan kegiatan-kegiatan tidak bermoral ini.

Selian itu. gejala merempit yang semakin berleluasa ini juga memberikan kesan kepada pasukan keselamatan dan Negara. Contohnya isu merempit yang semakin hari semakin meruncing ini akan menyebabkan imej pasukan tercemar. Masyarakat seolah-olah memandang pihak berkuasa tidak menjalankan tugas mereka walaupun terdapat banyak langkah yang telah pihak mereka ambil untuk membanteras masalah merempit ini. Mat rempit ini juga seolah-olah bermain dengan undang-undang dan mencabar undanag-undang. Mat rempit ini juga menjejaskan imej Negara terutamanya di mata pelancong yang datang melancong ke Negara kita ini.

Masalah merempit ini juga akan menyebabkan pembaziran masa dan pendapatan Negara untuk mengatasinya. Sebagai contoh, kerajaan terpaksa  menjalankan pelbagai kempen penguatkuasaan undang-undang dan program-program khas bagi mengatasi masalah merempit ini.

Gejala merempit ini juga turut menggangu ketemteraman awam. Sebagai contoh mat rempit yang menjalankan aktiviti merempit di sekitar kawasan perumahan awam akan mengganggu ketenteraman penduduk di situ. Bunyi bising yang terlaku kuat dari enjin motosikal mat rempit ini juga boleh menyebabkan berlakunya masalah pencemaran bunyi.

Kesimpulan

 Kesimpulannya, mat rempit merupakan satu penyakit di negara kita yang tiada jalan penyelesaiannya dan ianya hanya terletak pada diri seseorang itu sendiri untuk mengubah sikapnya. Mereka yang tejebak dalam masalah rempit ini hanyalah ingin mencari kepuasan dan keseronokan semata-mata tanpa memikirkan kesan yang akan mendatang. Kesan yang berlaku bukan hanya melibatkan dirinya sahaja namun melibatkan keluarga, masyarakat dan juga negara itu sendiri.
Trend menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat. Ia bukan sahaja berleluasa di kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi berbahaya dengan basikalnya.
Oleh itu pelbagai pihak haruslah memainkan peranan yang penting bagi menangani masalah ini daripada terus berleluasa. Hai ini akan memberi kesan yang buruk kepada negara dan di pandang negatif oleh negara luar. Langkah penyelesaian jangka panjang mesti bermula di peringkat sekolah, sama ada di bandar mahupun di kampung. Pendidikan awal yang positif harus disemai dalam jiwa setiap anak muda.
Kita juga perlu melihat gejala ini secara mikro kerana di situ mungkin boleh ditemui titik penyelesaian jangka panjang. Pendidikan formal dan agama adalah dua aspek yang boleh menentukan masa depan seseorang. Justeru barangkali usaha boleh digerakkan untuk membawa mereka kembali ke landasan kehidupan sebenar, mengajak mereka terbabit dalam persatuan yang boleh menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat.






Gambar-gambar merempit

















Wednesday, September 1, 2010

MASALAH SOSIAL

                                                                 MEREMPIT


       Tempat : Jengka 11
          Masa : 5.35 p.m
          Tarikh : 20/8/2010




      MELEPAK



            Tempat : Esplanade, Temerloh
Masa : 5.50 pm
Tarikh : 21/8/2010



         KESESAKKAN PENGANGKUTAN AWAM


           Tempat : KTM, Serdang
Masa : 2.00 pm
   Tarikh : 19/8/2010



PERJUDIAN 


 Tempat : Bandar Baru Nilai
Masa :  2.00 pagi
Tarikh : 27/8/2010


Tempat : Mentakab, Pahang
Masa: 4.30 petang
Tarikh : 2/9/2010

PEMBUANGAN BAYI

MENANGANI MASALAH PEMBUANGAN BAYI

           Sedih, pilu, ngeri, tak berperasaan dan banyak lagi perkataan-perkataan yang seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang ni yang berlakunya di Malaysia. Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Apa sudah jadi dengan masyarakat kita sekarang? Anak merupakan anugerah Allah yang diberi amanah kepada kita untuk kita menjaga dan memeliharanya, namun bagi manusia yang bertuhankan nafsu hanya menganggap itu semua membebankan. Mereka tidak memikirkan kesan dan akibat akan perbuatan mereka. Jika tidak mahukan anak, janganlah melakukan zina. Elakkan maksiat sehingga lahirnya anak luar nikah. Maka perkara-perkara seperti ini tidak akan berlaku. Manusia seolah-olah sudah tidak punya perasaan belas kasihan apabila bayi yang masih kecil, dibunuh dan dibuang sesuka hati. Apakah dosa bayi itu sehingga mereka diperlakukan sebegitu? Sungguh, manusia yang sanggup memperlakukan sebegitu, bukan lagi manusia, tetapi lebih teruk daripada haiwan. Haiwan pun tahu sayangkan anak, inikan kita pula manusia yang dianugerahkan akal fikiran. Sungguh cetek pemikiran manusia sekarang. Semuanya berlandaskan kecintaan kepada pasangan masing-masing sehingga maruah diri sanggup digadai. Bagi mereka itu merupakan salah satu bukti cinta mereka kepada pasangan. Namun apabila bukti cinta mereka itu telah berhasil, kenapa tidak mereka menjaga dan memeliharanya? Kenapa apabila sudah berhasil, bukti cinta itu dibuang, dibunuh dan ditempatkan di tong-tong sampah, dihidangkan untuk santapan haiwan-haiwan dan seumpamanya.
           Fenomena seks bebas berlaku di man-man di seluruh dunia. Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita yang hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah. Majlis HEWI PKPIM juga melihat scenario pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu ditangani habis-habisan oleh semua pihak. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006. JMK menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai. Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, pada tahun 2000, sejumlah 65kes pembuangan bayi telahdilaporkan diseluruh Malaysia. Manakalapada tahun 2006, kes pembuangan bayi bertambah 18 kes menjadi keseluruhan kes pada tahun tersebut berjumlah 83 kes. Walaupun statistik kini tidak mencecah keangka ratusan kes, tidak bermakna kita sebagai anggota masyarakat membiarkan fenomena ini berlarutan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf bermula Dari tahun 2000 sehinggaJulai2008. Statistik ini telah didedahkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Syed HamidAlbar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa di Dewan Rakyatpada 20 Oktober 2008. Melihat akan statistik yang dikongsikan di atas, ternyata kes pembuangan bayi dan kelahiran anak tidak sah taraf adalah implikasi daripada masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya dalam kalangan generasi muda. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi akan terjadi gejala sosial ini.
          Dalam mengejar era pembangunan yang kian pesat dan membangun, peranan pihak berkuasa dan badan NGO amat penting bagi mengatasi kemelut pembuangan bayi. Pihak berkuasa terutama pihak polis hendaklah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Ini kerana, bahan-bahan lucah sangat mudah diperolehi sekarang. Malahan penyebaran di internet amat mudah diperolehi. Seharusnya pihak yang bertanggujawab akan hal ini patut memantau agar penyebaran video pornografi tidak sewenang-wenangnya masuk ke negara ini dan disebarkan kepada umum. Selaian itu,pihak berkuasa juga hendaklah mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah iaitu penjara seumur hidup. Saya sangat bersetuju jika hukuman gantung dikenakan kepada si pembuang bayi kerana perangai mereka juga tidak ubah seperti pembunuh. Hukuman seperti itu wajar ditimbal balik kerana ianya dapat menakutkan mereka yang melakukan zina dan dapat mengelakkan pembuangan bayi daripada berlaku. Jika di negara Arab, mereka membenarkan perkahwinan pada usia yang muda. Namun di negara kita, perkara seumpama itu tidak dibolehkan kerana kita tertakluk pada undang-undang di mana remaja yang berumur 16 tahun ke bawah yang ingin berkahwin perlu mendapat kebenaran daripada mahkamah terlebih dahulu. Undang-undang ini harus diteliti semula memandangkan kes ini sudah menjadi duri di dalam daging. Masyarakat sekarang juga berpendapat bahawa sistem perkahwinan sekarang sangat membebankan kerana banyak prosedur yang perlu mereka lakukan. Bagi mereka yang tidak berkemampuan dari segi kewangan, mereka mengambil jalan mudah dengan menghalalkan perkara yang haram. Ibu bapa harus bertolak ansur dari segi ini bagi mengelakkan perkara seumpama ini berlaku. Selain itu, mereka yang tidak berkemampuan juga boleh melakukan perkara yang wajib sahaja seperti ‘nikah gantung’. Perbincangan secara baik dengan ibu bapa harus dilakukan kerana jika dihalang, kita bimbang perkara yang buruk akan berlaku. Apabila wang sudah mencukupi, barulah boleh diadakan majlis atau jamuan untuk mengelakkan beban kepada pasangan. Di negara Barat, kelahiran anak luar nikah merupakan perkara biasa tetapi mereka tetap menjaga anak mereka itu namun di negara kita, perkara itu merupakan sesuatu yang memalukan. Kita harus mengubah pandangan masyarakat agar diberikan peluang kepada pesalah yang melakukan zina dan mengandungkan anak luar nikah agar mereka tidak melakukan pembuangan bayi. Sokongan harus diberikan kepada mereka agar mereka tidak lagi melakukan kesalahan yang kedua. Setiap orang harus diberikan peluang untuk berubah. Badan-badan NGO juga haruslah mengadakan program peringkat awal pendidikan dengan lebih berkesan dan lebih menyeluruh. Penekanan pendidikan ini amat penting bagi menyedarkan masayrakat terutama remaja dengan maklumat yang tepat supaya mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah ini. Di samping itu,peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadi insan bermoral dan bebas dari gejala sosial sangat penting. Didikan agama yang sempurna perlu diberikan kepada anak-anak seawall yang mungkin bagi memandu mereka kearah kebaikan. Dengan iman yang kukuh mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial. Ini kerana , mereka boleh membezakan apa yang baik dan apa yang buruk. Ibu bapa juga haruslah mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Segala perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas dpat mereka hindari. Selaian itu , ibu bapa juga berperana penting dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan yang berlandaskan kepada konsep ‘rumahku syurgaku’. Ini bemakna sesebuah keluargaitu berada dalam keadaan gembira dan bahagia tanpa sebarang masalah ataupun pertengkaran berlaku. Selain itu,kerjasama pihak media massa dalam memberi pendedahan tentang kesan pembuangan bayi kepada masyarakat luar amatlah penting. Kempen-kempen kesedaran dan program-program motivasi haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat bermakna sebagai contoh pendedahan berbentuk grafik atau ‘kisah benar’ tentang seseorang yang pernah membuang anak. Dan ini akan membangkitkan kesedaran para remaja. Selain daripada itu,program motivasi kesedaran seperti ‘Adab bergaul’ dan ‘Dosa-Dosa Besar’ mampu memperkuatkan lagi rasa insaf dan takut remaja kepada dosa. Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan melampau yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita yang mengandungi adegan-adegan 18sx. Kesimpulannya, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu , semua warga masyarakat haruslah bersatu padu menggembleng tenaga bagi mencegah dan membanteras supaya gejala pembuangan bayi ini tidak menular denagn lebih serius. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA) , Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKKK) dan Rukun Tetangga (RT) perlu untuk menangani pergaulan bebas dalam kalangan remaja. Tindakan awal ini perlu kerana ‘mencegah itu lebih baik daripada mengubati’.



 RUJUKAN

1.http://www.malaysiakini.com/letters/81961
2.http://www.khairilafzal.com/isu-semasa/isu-pembuangan-bayi-semakin-berleluasa