Kefungsian sosial
Kefungsian sosial boleh ditakrifkan sebagai satu aktiviti yang sangat penting untuk melengkapkan hubungan antara komponen-komponen pengalaman sosial dalam kehidupan sosial. Kefungsian sosial memainkan peranan penting dalam setiap aspek kehidupan. Kefungsian sosial melihat kepada bagaimana sesuatu proses sosialisasi memberi impak kepada persekitarannya. Komponen-komponen utama yang wajib ada untuk menilai sejauh mana keberkesanan kefungsian sosial itu adalah status sosial, rol sosial, kelompok sosial dan institusi sosial. Kebiasaannya, seorang individu memainkan peranan kefungsian sosial yang pelbagai dalam satu-satu masa.
Contohnya, Amir bekerja sebagai pengurus di salah sebuah bank di ibu kota. Pada waktu lapang, Amir akan keluar bersama kawan-kawannya. Kedua ibu bapa Amir menetap di kampung. Daripada contoh yang diberi jelas menunjukkan bahawa kefungsian sosial telah mendorong Amir untuk bekerja sebagai sumber ekonomi untuk terus hidup. Amir juga berkeinginan untuk bersosial bersama kawan-kawan. Amir juga perlu menjalankan kewajipan beliau sebagai seorang anak. Sememangnye kefungsian sosial memberikan impak yang besar kepada dalam kehidupan Amir.
Rujukan
Samir Muhazzab Amin & Winny Abdul, 2009. Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment