Wednesday, August 11, 2010

TEORI PRAKTIS KERJA SOSIAL

PENDEKATAN PENYELESAIAN MASALAH

Diperkenalkan oleh Perlman (1959), yang diaplikasikan kepada individu dan keluarga. Menurutnya, proses intervensi yang baik adalah berdasarkan motivasi, kemampuan dan peluang dalam sistem kehidupan klien untuk sesuatu perubahan. Pendekatan ini memerlukan usaha klien dalam mengambil tindakan untuk bergerak maju ke hadapan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Dengan kata lain, pendekatan ini juga bermaksud sesuatu tindakan yang diambil oleh klien tidak akan membuahkan hasil tanpa adanya motivasi. Kemampuan merujuk kepada kebolehan klien untuk berubah kepada yang lebih baik. Contohnya, seorang ketua keluarga disahkan menghidap kanser dan tempoh hidup hanya tinggal beberapa bulan. Justeru, pekerja sosial boleh mencadangkan agar dia bersabar dan dalam masa yang sama menjalani rawatan kimoterapi agar kesihatannya lebih terjamin. Sokongan sosial daripada pekerja sosial, keluarga terdekat dan teman-teman amat diperlukan. Peluang merujuk kepada peluang yang terdapat dalam persekitaran klien, Sebagai contoh, kos perbelanjaan rawatan kimoterapi memerlukan peruntukan wang yang berjumlah besar, menyebabkan klien sukar untuk mendapatkan rawatan tersebut memandangkan ekonomi keluarganya tidak stabil.

Rujukan

Samir Muhazzab Amin & Winny Abdul, 2009. Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Monday, August 2, 2010

DEFENISI KEFUNGSIAN SOSIAL DAN BAGAIMANA INDIVIDU DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH

Kefungsian sosial




Kefungsian sosial boleh ditakrifkan sebagai satu aktiviti yang sangat penting untuk melengkapkan hubungan antara komponen-komponen pengalaman sosial dalam kehidupan sosial. Kefungsian sosial memainkan peranan penting dalam setiap aspek kehidupan. Kefungsian sosial melihat kepada bagaimana sesuatu proses sosialisasi memberi impak kepada persekitarannya. Komponen-komponen utama yang wajib ada untuk menilai sejauh mana keberkesanan kefungsian sosial itu adalah status sosial, rol sosial, kelompok sosial dan institusi sosial. Kebiasaannya, seorang individu memainkan peranan kefungsian sosial yang pelbagai dalam satu-satu masa.

Contohnya, Amir bekerja sebagai pengurus di salah sebuah bank di ibu kota. Pada waktu lapang, Amir akan keluar bersama kawan-kawannya. Kedua ibu bapa Amir menetap di kampung. Daripada contoh yang diberi jelas menunjukkan bahawa kefungsian sosial telah mendorong Amir untuk bekerja sebagai sumber ekonomi untuk terus hidup. Amir juga berkeinginan untuk bersosial bersama kawan-kawan. Amir juga perlu menjalankan kewajipan beliau sebagai seorang anak. Sememangnye kefungsian sosial memberikan impak yang besar kepada dalam kehidupan Amir.


Rujukan

Samir Muhazzab Amin & Winny Abdul, 2009. Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.